TAWARAN BIASISWA BAITULMAL
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
LUAR NEGARA (MESIR) PENGAMBILAN BARU SESI 2020/2021







1. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama sesi 2020/2021 di Mesir.
Penempatan pusat pengajian HANYA melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP.
2. Program dan institusi yang ditaja adalah seperti berikut:
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Bahasa Arab
    Universiti Al-Azhar
  • Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah
    Universiti Al-Azhar
  • Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat
    Universiti Al-Azhar (Maahad Qiraat Shoubra & Maahad Lilbanat Mansurah)
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pergigian
    Universiti Al-Azhar (Uni Kaherah, Ain-Shams, Alexandria, Mansoura, Tanta, Zaqaziq)
3. Syarat Kelayakan Minima Akademik .
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar ;
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan Mumtaz, DAN;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A) Bahasa Melayu.
Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar ;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat, Universiti Al-Azhar ;
  • Lulus Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan keputusan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 atau mana-mana kolej / universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA). DAN
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A) Bahasa Melayu.
Ijazah Sarjana Muda Perubatan / Pergigian mestilah ;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A) dalam 7 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris Dan Bahasa Arab sekurang-kurangnya Gred C).
4. Calon-calon yang tidak layak memohon :
  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
  2. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/ asasi sains/ pra-universiti/ alpha / foundation / kursus persediaan bahasa.
  3. Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
  4. Pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa.
  5. Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
5. Syarat Umum
  1. Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
  4. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  5. Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.
6. Cara Memohon
Borang dan permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen sokongan berkaitan hendaklah dihantar ke :
  1. Kaunter Baitulmal Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah 51200 Kuala Lumpur
  2. Semua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA)
  3. Kaunter MAIWP Cawangan Putrajaya (Pemastautin Putrajaya Sahaja)
  4. Kaunter MAIWP Cawangan Labuan (Pemastautin Labuan Sahaja)
  5. Muat turun di laman web MAIWP : www.maiwp.gov.my
7. Tarikh Tutup Permohonan
Sebelum @ pada 16 Mac 2020
(Bagi permohonan melalui STAM dan SPM)
Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen sokongan berkaitan hendaklah dihantar ke:
  1. Kaunter Baitulmal Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah 51200 Kuala Lumpur
  2. Semua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA)
  3. Kaunter MAIWP Cawangan Putrajaya (Pemastautin Putrajaya Sahaja)
  4. Kaunter MAIWP Cawangan Labuan (Pemastautin Labuan Sahaja)
  5. Muat turun di laman web MAIWP : www.maiwp.gov.my
PERHATIAN
Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, sila hubungi di talian: 03-40477600 samb. 7411/7410/7631 Unit Pembangunan Akademik - IPTL (waktu berkerja).

Baca Juga : Senarai Penuh Biasiswa Lepasan SPM/STPM Dibuka untuk Permohonan Di sini
Mohon Segera!! ( Mesir )  |  Mohon Segera!! ( Jordan )
Advertisement